BAHRUL MAZI JILID 1 PDF

Ini bukan berarti penulisan kitab Bahrul Muhit seutuhnya atas landasan kitab-kitab terdahulu. Musamma Bahrul Mazi ini dianggap sebagai karya.. New Headway Elementary Student Book. Beliau telah belajar dari para ulamak Makkah dan Madinah dengan baik sehingga..

Author:Vokinos Mauzragore
Country:Armenia
Language:English (Spanish)
Genre:Environment
Published (Last):16 July 2007
Pages:190
PDF File Size:20.78 Mb
ePub File Size:5.24 Mb
ISBN:861-6-20949-398-4
Downloads:30983
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Mesida



Mukasurat Bab : Yang telah datang pada menyatakan wuduk satu kali basuh bagi tiap-tiap anggota wuduk Ketahuilah kiranya ya saudaraku, Imam Abu Isa Al-Termizi telah mengeluarkan hadis mengenai kelakuan Nabi SAW mengambil air sembahyang dengan satu kali basuhan pada tiap-tiap anggotanya.

Katanya - telah diriwayatkan daripada Ibn Abbas, bahawasanya apabila Nabi SAW mengambil air sembahyang maka dibasuhnya pada tiap-tiap anggota daripada anggota wuduknya satu kali basuhan. Dan bermula hadis Ibn Abbas ini lebih ahsan suatu pada ini bab dan lebih asah. Bab : Yang telah datang pada wuduk dua kali basuh pada tiap-tiap anggota Ya saudaraku, Imam Abu Isa Al-Termizi telah mengeluarkan hadis mengenai kelakuan Nabi SAW mengambil air sembahyang dengan membasuh pada tiap-tiap anggota wuduknya dua kali basuhan.

Katanya - telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. Tiada kami ketahui melainkan daripada hadis Ibn Tsauban dari Abdullah Al-Fadhal dan ialah isnad yang hasan lagi sahih. Dan pada bab ini ada diriwayatkan daripada Jabir. Bab : Pada menyatakan mengambil air sembahyang sekali dan dua kali dan tiga kali basuh pada tiap-tiap anggota wuduk Ya saudaraku, di dalam bab ini Imam Abu Isa Al-Termizi meriwayatkan hadis bahawa Nabi SAW pernah mengambil air sembahyang, di mana sekali basuhan pada tiap-tiap anggota pun diperbuatnya ; dua kali basuhan pun pernah diperbuatnya ; dan tiga kali basuhan pun pernah diperbuatnya.

Mukasurat 70 Bab : Pada menyatakan orang yang mengambil air sembahyang maka setengah anggota wuduknya dilakukan dua kali basuhan dan setengahnya tiga kali basuhan kepada anggotanya itu Bahawasanya telah didatangkan oleh Abu Isa Al-Termizi mengenai hadis tentang kelakuan Nabi SAW yang mengambil air sembahyang - setengah anggotanya dibasuh dua kali dan setengahnya pula dibasuh tiga kali.

Masalah : Membasuh anggota wuduk berlain-lainan kelakuan Kata Abu Isa bahawa sesungguhnya telah mengharuskan oleh setengah daripada ahlul ilmi pada kelakuan yang demikian itu seperti yang di dalam hadis pada masalah Bahkan mereka tidak memikirkan bahawa jadi kesalahan jika mengambil wuduk seorang laki-laki pada setengah anggota wuduknya dilakukan tiga kali basuhan, dan setengahnya pula dua kali, atau pun sekali.

Bahkan Rasulullah SAW apabila ia mengambil wuduk maka dibasuh tiga kali-tiga kali dan terkadang kalanya cuma sekali-sekali basuhan. Maka yang menunjukkan sebagai yang lebih sempurna dan yang dipilih iaitu tiga kali basuhan.

Dan adalah sekali basuhan menunjukkan bahawa telah memadai maka aku suka bagi sesaorang bahawa membasuh wuduk pada muka, dan dua tangannya, dan kepalanya dan dua kakinya tiga kali-tiga kali dan meratakan sapunya. Maka jika meringkaskan oleh sesaorang pada basuh muka dan dua tangan dan dua kaki atas sekali basuh yang boleh rata, maka basuhan yang demikian itu memadailah baginya. Dan jika meringkaskan sesaorang pada kepala atas sekali sapu dengan sebarang kehendaknya daripada tangannya nescaya memadai juga.

Namun yang demikian itu adalah yang sekurang-kurang lazimnya. Dan jika dibasuh wuduknya itu setengah-setengah anggotanya sekali dan pada setengah-setengah yang lainnya dua kali dan pada setengah-setengah yang lain tiga kali, maka nescaya memadai juga bagi sesaorang. Ini kerana bahawasanya jikalau satu kali basuhan itu apabila telah memadai pada semua anggota nescaya memadailah pula pada setengah-setengahnya.

Mukasurat 71 Masalah: Membasuh anggota wuduk lebih dari tiga kali Bermula masalah ini nyata di dalam Al-Umm ada tersebut kemudian daripada telah didatangkan hadis Abdullah bin Zaid atas sifat wuduk Nabi SAW. Kata Imam Syafie : Dan tiada aku suka bagi orang yang mengambil air sembahyang itu lebih daripada tiga kali basuh. Sedangkan dua kali pula adalah afdhal. Manakala yang lebih-lebih afdhalnya adalah tiga kali.

Dan tiada lagi yang lebih afdhal daripada tiga kali itu. Dan kata Ibn Al-Mubarak dan tiadalah aku mahu mengatakan sejahtera daripada salah apabila melebihi sesaorang membasuh lebih daripada tiga kali. Ketahuilah kiranya ya saudaraku, di dalam bab ini Imam Abu Isa Al-Termizi telah mendatangkan hadis perihal Nabi SAW mengambil air sembahyang - dari awalnya sampai ke akhirnya.

Maka mula-mula dibasuh kedua-dua tapak tangannya di luar bejana menurut semacam Nabi SAW sehingga menyucikan kedua belah tangannya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau berkumur-kumur tiga kali dan menghisap air ke hidung tiga kali.

Maka niat untuk mengambil air sembahyang sengaja sudah tersedia daripada masa mula mengambil air sembahyang. Lalu dibasuhkan mukanya sebanyak tiga kali basuhan sebagaimana yang diperbuat Nabi SAW dan kelakuan yang afdhalnya. Kemudian membasuhkan kedua-dua tapak kakinya sampai ke buku lalinya dengan rata membasahi celah-celah jari dan tumitnya. Setelah daripada selesai wuduknya iapun berdiri untuk mengambil air sembahyang itu maka beliau pun meminum airi dalam keadaann halnya yang berdiri.

Kemudian berkata Syaiddina Ali : Aku mengambil wuduk yang sedemikian ini adalah kerana akju suka hendak memperlihatkan kepada kamu sekelian betapa caranya Rasulullah SAW mengambil air sembahyang.

Maka kamu semua hendaklah memperbuatlah semacam mana yang aku perbuat, yang caranya aku turut sebagaimana aku lihat Nabi SAW memperbuatnya. Mukasurat 72 Masalah: Membasuh tangan dahulu daripada berwuduk Ya saudaraku, di dalam hadis masalah Iaitu dengan membasuh tangan sebelum mencelup ke dalam bejana hingga cuci - tangannya. Kata Imam Syafie - Aku sukakan membasuh kedua-dua tangan sebelum memasukkan keduanya anggota itu ke dalam bejana bagi berwuduk.

Ini adalah kerana ia sunat bukannya kerana fardhu. Masalah: Niat mengambil air sembahyang Kata Imam Syafie - Dan adalah tiada memadai wuduk itu melainkan dengan berniat. Dan adalah memadai berniat itu padanya bahawa mengambil wuduk dengan niat untuk bersuci daripada hadas atau bersuci kerana sembahyang fardhu atau sunat. Atau sebab bersuci kerana membaca Quran atau sembahyang ke atas jenazah atau pada sebarang pekara yang menyerupai yang sedemikian itu daripada apa-apa yang tidak boleh diperbuat oleh sesaorang melainkan dengan suci sahaja.

Masalah : Niat kemudian dari basuh setengah anggota wuduk Kata Imam Shafie - Jikalau sesaorang itu mengambil wuduk pada setengah anggotanya dengan tiada berniat kemudian ia berniat bagi segala anggota yang baki-bakinya nescaya wuduk itu tidak memadai baginya. Melainkan jika ia kembali mengambil wuduk pada anggota baki-baki yang tidak berniat itu, lalu ia membaharui niatnya maka memadailah baginya wuduk yang berkenaan.

Kata Abu Muhammad Al-Rabiq bin Sulaiman - Dan membasuh barang yang kemudian daripadanya kerana Imam Shafie berkata demikian pada tempat lain daripada sini. Bab: Pada menyatakan renjis kemudian daripada mengambil air sembahyang Ketahuilah kiranya ya saudaraku adalah maksud renjis kemudian daripada wuduk itu telah bersalah-salahan ulamak pada menafsirkannya.

Setengah daripadanya berkata apakala selesai daripada mengambil air sembahyang maka sunatlah merenjis air berbetulan dengan zakar. Ini adalah supaya menghilangkan was-was hati daripada mengatakan bahawa basah yang disyakkan kemudian daripada kencing itu basah disebabkan basah kencing yang tidak betul-betul tus keluarnya.

Lihat masalah Masalah: renjis air kemudian daripada wuduk dan hadisnya Kata Imam Abu Isa Al-Termizi di dalam sahihnya bahawa telah diriwayatkan daripada Abi Hurairah r. Maka katanya : Ya Muhammad, apabila engkau mengambil wuduk maka hendaklah engkau renjiskan pada kain atau sarfual yang dipakai itu pada tempat yang membetul zakar, supaya dapat menghilangkan was-was hati daripada mengatakan ianya ialah air kencing.

Masalah: Renjis kemudian daripada wuduk dan hukumnya Kata Ibn Al-Arabi telah bersalah-salahan ulamak pada takwil hadis di dalam masalah Maka bahawasanya tidak memadai padanya melainkan dengan basuhan yang tiada melampaui.

Bab : Yang telah datang pada menyatakan wuduk Ketahuilah kiranya ya saudarku bermula menyempurnakan wuduk itu adalahlah menyempurnakan basuhnya dan mendatangkan segala yang bertali-mali dengannya. Iaitu apakala mengambil air sembahyang maka pekara yang mula-mula apa diperbuat adalah membasuh tangan di luar bejana tiga kali.

Dan apabila membasuh muka dan anggota wuduknya terkadang dibasuhnya dua kali tangan kanan dan sekali tangan kiri dan lainnya. Dengan tiada mengelukkan dan menyempurnakannya wuduknya itu. Maka jadilah wuduknya laksana orang yang hendak mendirikan rumah. Di mana tapaknya diada-adakan jua tetapi tidaklah dibersihkannya dan diberi eluk dan jernih rupa. Jawab para sahabat : Bahkan ya Rasulullah, Ajarkanlah pada kami sekelian supaya kami amalkannya.

Bersabda Nabi SAW lagi : Iaitu dengan kamu menyempurnakan wuduk di atas segala kebencian dan segala mashakah kesukaran atau kepayahan, misalnya kerana luka. Dan membanyak langkah ke mesjid dan menanti sembahyang kemudian dari sembahyang misalnya menanti solat isyak selepas melakukan solah maghrib , maka yang demikian itu tambat diri.

Masalah : Menyempurnakan wuduk atas kebencian dan maksudnya? Bermula yang dimaksudkan sebagai menyempurnakan wuduk dalam hadis Oleh itu bagi menambahkan darjat dan menghapuskan dosa ialah dengan beramal seperti sabda Nabi SAW. Iaitu menyempurnakan wuduk pada segala mashakah atau kebencian. Misalnya jikalau engkau terasa sejuk yang teramat sangat atau engkau merasa pedih luka akibat daripada luka pisau dan merasa sayang untuk menanggalkan balutnya disebabkan mashakah itu, maka tetap engkau lawan dan sempurnakan juga wuduk itu.

Atau seperti enggan memakai balutan luka atau membuang kesemua ubat-ubatan dan sanggup menanggung pedih semata-mata kerana mengambil air sembahyang itu. Maka dengan dengan yang demikian akan dapat martabat dihapuskan dosa dan mendapat beberapa darjat di syurga.

Masalah : Langkah banyak ke mesjid besar pahalanya Adalah dengan sambungan hadis di dalam masalah Mukasurat 77 Masalah : Langkah banyak ke mesjid dan maksudnya Adalah yang dimaksudkan dengan memperbanyakkan langkah itu adalah daripada sebab jauh letak rumahnya dari mesjid serta kesanggupan untuk datang banyak kali.

Maka janganlah disangkakan oleh orang-orang yang dekat rumahnya dengan mesjid maka kerana berkehendak banyak langkah ke mesjid maka pergi ia memperbuat perjalanannya ke mesjid itu dengan pusing belit jalannya. Maka yang demikian itu tidak termasuk di dalam bilangan yang disebutkan ini. Ataupun mesjid yang dekat rumahnya ada tetapi dengan kerana ia berkehendakan langkah yang banyak maka pergi ia ke mesjid yang jauh dan meninggalkan mesjid yang dekat.

Maka langkah yang demikian itu tiadalah masuk kira melainkan sebab ia pergi ke mesjid jauh itu kerana maksud yang tidak ada pada mesjid yang dekat dengan rumahnya, seperti kerana menuntut ilmu. Atau pun kerana tiada mesjid yang berdekatan terdapat orang-orang yang bersembahyang berjemaah atau lainnya maka langkah seperti itu akan dimasuk bilang.

Masalah : Menanti sembahyang kemudian daripada sembahyang Bahawasanya telah lalu di dalam hadis pada masalah Maka menanti sembahyang itu adalah dengan duduk menanti sembahyang jemaah di dalam mesjid daripada satu waktu kepada satu waktu yang lain.

Maka misalnya daripada Asar menanti jemaah Maghrib, dan daripada Maghrib menanti jemaah Isyak. Kemudian daripada itu pulang tidur maka datang terlupa pula menanti sembahyang cara ibadah iaitu tiga tadi dan pada subuh. Dan tiada ada nanti antara Isyak dan Subuh. Masalah : Bergantung hati dengan sembahyang Ya saudaraku, adalah hadis di dalam masalah Maka bergantung hati ini terserlah pada segala sembahyang yang lima waktu. Kafiat bergantung hati dengan sembahyang itu iaitu apabila selesai sembahyang yang dikerjakannya, maka tidak lepas daripada mencintakan sembahyang yang dibelakangnya seolah-olahnya di dalam hati tiada lupa dan tiada lali sebagai loba dan tamak hendak mencapai mengerjakannya dan melepaskan yang fardhu di atas batang lehernya.

Demikian daripada satu waktu kepada satu waktu bersedia dan berkemas dan mencinta dan bersungguh-sungguh hati hendak mengerjakan tiada lupa sekali-kali akan demikian itu. Sabda Nabi SAW : Dan menanti sembahyang kemudian daripada sembahyang, maka yang demikian itu tambatan nafsu.

Maka orang yang demikian itu diampunkan Allah sekelian dosanya dan diberi kepadanya beberapa darjat di dalam syurga. Mukasurat: 78 Bab : Telah datang ia pada menyatakan menyapu tangan kemudian daripada wuduk mengeringkan anggota wuduk selepas mengambil wuduk Bermula yang dikehendakkan dengan sapu tangan di sini ialah sebarang apa kain atau seumpama tuala tekap tubuh bagi menyapu basah di muka dan tangan dan lainnya daripada air sembahyang.

Kerana bermaksud hendak lekas mengeringkan basah tubuh. Maka bersapu dengan satu kain atau secebis daripadanya atau daripada baju kain yang dipakainya keringlah ia dengan segera. Masalah: Sapu tangan bagi mengeringkan wuduk dan hadisnya Bahawasanya telah dikeluarkan oleh Imam At-Termizi rmt dengan dua sanad riwayat yang daif mengenai hadis bahawa Nabi SAW pernah menyapu wuduknya untuk memberi kering. Katanya bahawa telah diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal, katanya telah aku lihat akan Nabi SAW apabila mengambil wuduk ia menyapu ia akan mukanya dengan hujung kainnya supaya segera kering.

Masalah: Menyapu wuduk supaya segera kering dan hukumnya Kata Ibn Arabi telah bersalah-salahan ulamak pada masalah ini atas tiga kaul. Pertama : Harus menyapu basah wuduk dan mandi junub. Telah dinyatakan oleh Malik dan As-Shauri. Ini kerana apabila kita mengambil air sembahyang itu bukankah ia bermaksud berbuat ibadat?

Maka apabila sudah selesai dikerjakan maka berhasillah ibadat itu. Dan apakala telah berhasil ibadat maka menyapunya kemudian daripada selesainya tiada memberi bekas atau kesan pada ibadat itu. Kedua : Makruh menyapu pada basah wuduk dan mandi junub kerana air itulah bekas dari kerja ibadat. Maka bekas ibadat itu tidaklah boleh disapu supaya nanti akan menjadi saksi atau nur di akhirat kelak.

AHMET MARANKI KITAP PDF

KITAB BAHRUL MAZI JILID 1 PDF

Dajora Pancakes are a delicious breakfast food you can eat and enjoy. At first everything was alright — her dad and Taylor clearly loved each other very much, and James was quite easy-going. Dia ajarkan dan sebarkan kepada masyarakat. Us pits an endearing American family against a terrifying and uncanny opponent: She moved out, and both her and Taylor were happy about it. From nutmeg to morning glory.

EL APRENDIZ DEL BRUJO PNL PDF

BAHRUL MAZI JILID 15 PDF

The Website may contain content that is offensive, indecent, or otherwise objectionable, as well as content containing technical inaccuracies, typographical jiliv, and other errors. Facebook gives people the power to. Content Posted bahrul mazi Other Websites. Bahrulmazi disclaims any responsibility for any harm resulting from the use by visitors of bahrul mazi Website, or from any downloading by those visitors masi content there posted.

Related Articles